Perkenalan dengan kau di suatu masa kembali menerjah ingatanku.Aku tau perkenalan dengan kau akan menimbulkan buah mulut orang.Dan semakin lama,semakin aku semakin rapat dengan kau.Ini membuatkan aku tau latar belakang kau,malah setiap percakapan akan ku ingat dan sematkan di dada.Aku tahu kau cantik,lemah lembut,sopan santun dan lebih penting membuatkan hatiku berasa seperti diawang awangan.Mungkin aku sahaje berasa begitu,sedangkan kau terus begitu.Aku beras amat bahagia tatkala kau berada disisi ku walaupun hanya untuk membincangkan perkara yang sekecil kuman.Pernah aku minta nombor telefon kau semasa pertengahan bulan,tapi kau katakan yang kau tidak pakai handphone.Kau bagi nombor adik kau,ketika itu aku tidak menyangka apa apa lagi.Aku hanya menyimpan nombor adik kau sahaja.Satu ketika di saat aku terlalu merinduimu,aku cuba untuk menelefon nombor itu,tetapi tidak berjawab.Mungkin adik kau tengah menggunakannya.Semasa aku pergi membeli barang harian bersama keluarga,aku membelikan kau sepapan coklat.Tidak lah semahal Cadbury mahupun sesedap Ferrero Rocher,tapi bagiku ia amatlah penting.Kau menerimanya dengan penuh senyuman membuatkan aku berasa amat bahagia.Setiap detik yang aku rasakan amatlah berharga.Adakah ini dikatakan cinta.?Atau perasaan sebagai seorang insan biasa.?Masa terlalu berlalu,kau dengan kerja kau.Aku dengan kerja aku.Sesekali terlihatkan wajah kau,kau hanya tersenyum.Antara sedar atau tidak,aku sudah jatuh hati dengan kau.Tetapi,mana mungkin.!Aku tidak setanding kau.Mungkin kau mencari putera raja yang layak dengan kau.Dan aku.?Hari berganti hari.Aku semakin sibuk,terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.Tetapi mana mungkin aku melupakan semuanya mengenai kau.Ketika hari jadi kau,aku membelikanmu hadiah.Aku memaksamu menerima juga,mungkin kau malu kerana bimbang diketahui rakan rakan yang lain.Tapi,niatku ikhlas.Tidak lebih dari itu.Seorang rakanku telah menasihatiku supaya memberitahu tentang isi hatiku,tetapi aku degil.Aku akan tunggu sehingga bermulanya cuti,kerana aku tidak ingin membebankan kau kerana faktor kerja yang begitu banyak.Aku tidak ingin untuk menyusahkan kau.Cukuplah kesusahan yang kau terima kerana menghadapi tuduhan serta cemuhan hanya untuk berkawan denganku.Cuti akhir tahun semakin menjelma,aku akan berpindah ke luar negara mengikut ayahku yang akan bekerja di sana.Hari terakhir,aku cuba untuk meminta nombor telefon kau.Tapi sayang,kau berkata yang kau akan bagi kemudian.Kau akan memberitahu aku kerana nombor aku masih lagi kau simpan.Aku percaya kata kata kau.Ketika aku di luar negara,aku sentiasa teringatkan kau.Setiap kenangan yang kita alami masih lagi utuh di kotak mindaku.Mana mungkin aku melupakan semua itu.?.Satu hari terdetik di hatiku yang kau sudah membeli handphone,maka aku bertanya salah seorang rakan kau.Jawapannya begitu menyakitkan hatiku,mengapa aku tidak boleh memiliki nombor telefon kau.?Mahal sangatkah.?Mungkin kau takut akan aku mengukapkan cinta.Mana mungkin kau bercinta dengan aku bukan.?Adakah kau malu.?Tidak mengapalah,aku faham.Semasa aku berbual dengan rakan rakan melalui laman bual,aku tertanya mengenai kau.Rakan aku juga memberitahu yang mereka ada nombor kau.Oh.!Aku yang mengenali kau selama berbulan bulan tiada nombor kau,tapi rakan rakan aku yang baru sekali sekala berjumpa dengan kau sudah mempunyai nombor kau.!?Aku sudah faham segalanya!Kau memang tidak mahu berhubung lagi dengan aku.Aku tahu.Firasat aku boleh meneka dengan tepat.Mungkin.?Walaupun kau cuba untuk melupakan aku,tapi kau masih lagi aku ingat.Kenangan kita...persahabatan kita...aku tidak akan lupakan semua itu.Jika ditakdirkan kita berjumpa,aku akan berdoa supaya pintu hatimu akan terbuka.Dan jika kau sudah berjumpa dengan cinta sejati,aku akan berdoa untuk kebahagiaan kau.Betullah kata orang,cinta tak semestinya memiliki,tapi membiarkan orang yang dicintai pergi.Aku melepaskan cintaku demi kebahagianmu.Aku melepaskan perasaanku demi perasaanmu.Mungkin ini satu takdir dan suratan.Aku akan reda dan sabar kerana ianya merupakan satu dugaan dan halangan dalam menjalani kehidupan.
haha...pe macam
sajak cerpen gua.?gua buat cerpen ni masa internet rumah gua tengah tak ade..lu orang jangan fikir bukan bukan.Gua
bukan jiwang karat macam mat mat playboy.Gua rilek je,
hero kene lah rilek kan.?haha..
catatan:lepas ni gua rasa nak hantar cerpen ni kat Utusan Online.mana tau dapat hadiah.?
1 comment:
weyyhh
len kali en
kau buat paragraph weyy
senang sikit nk bace
huhuuhu xD
Post a Comment