Sunday, April 11, 2010

Iklan

JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)
 
Sahabat Sekalian,
 
Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????
 
Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.
Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.
 
Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.
 
Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!
Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:
 
1- Klik button reply pada email anda
Pasti kan email dialamatkan ke : fast_advertise@yahoo.com
                                 Cc: keli_keliwon@yahoo.com.my                   
 
2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini
(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)
 
3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.
 
Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.
 
Terima kasih.
 

Tuesday, April 6, 2010

Zaman Kegemilangan

Cerita yang gua nak sampaikan ni berkisar kehidupan gua semasa di asrama(bukan kehidupan sebagai manager KFC)
Gua dulu sekolah berasrama di K.L(tak payah nak tau sekolah apa)

Masa gua duduk asrama dulu,ada satu pertandingan sukan antara dorm macam futsal,sepak takraw,congkak,wau,batu seremban,nyorok nyorok dan banyak lagi(satu A4 kalau list).Gua yang berbakat dalam semua sukan amik acara sepak takraw saje.(bagi can kat jr.menangis susah lak nanti)

Team takraw gua ada 3 orang.(takraw mana ade 11 pemain).Seorang killer(hero3),seorang feeder(hero2) dan lagi seorang yang penting penglibatannya dalam team takraw iaitu tekong(hero1)gua lah.

Semua ahli team gua hero hero Melaya,kalau nak nombor telefon diaorang,lu orang bagitau je.Gua boleh setting.(untuk awek sahaja)

 Team takraw gua dengan senang masuk ke separuh akhir.Bukan nak berlagak tapi masa team gua main peringkat saringan mata gua tengah sakit,masa tu hero2 jadi tekong.Gua duduk tepi sambil usha awek awek netballer.Hero2 dengan rakus membuat aksi aksi akrobatik sehingga team lawan terduduk sekali dengan gua sebab terperanjat.Hero2 mempraktikal ilmu semasa bertapa dengan team takraw Thailand(bawah 12 tahun).Kesudahannya team gua menang tanpa bertanding kerana team lawan telah pengsan tak sedar selama 2 hari berturut turut.

Masuk peringkat suku akhir,gua jadi tekong balik.Gua kena pikul tanggungjawab yang besar untuk membawa team gua ke peringkat seterusnya(mana tau lepas ni wakil negara).Team gua dapat mata pertama,bola yang gua bagi memang tepat kat penjuru court.Awek awek netballer tergamam.Perlawanan berlansung seperti biasa.Kadang kadang hero3 membuat kejutan dengan lipatan lipatan seperti gimnastik negara.Lepas tu,hero2 sanggup jatuh tergolek tergolek sebab tak nak kasi bola jatuh.Hero2 memang berbakat.Selama ni gua tengok dia asyik main snooker je,tak sangka takraw dia pon hebat.Perlawanan team gua macam Malaysia vs Brunei(team gua Malaysia lah).Perlawanan cukup sengit sampaikan hero2 team gua menahan rejaman dari team lawan.Hero3 pulak melibas bola sehingga court pecah kerana rejaman yang terlalu tajam.Gua sendiri bermain bersungguh sungguh sampai awek netballer lalu,gua tak perasan(standart lah,kalau hero tengah main,awek awek mesti ramai datang tengok)

Masuk peringkat separuh akhir,perlawanan terpaksa ditunda ke satu tarikh yang tidak diketahui,alasannya ada pelawat melawat sekolah.Sikap orang Malaysia macam ni lah yang gua benci,suka bertangguh.Seperti biasa,petang lepas gua belajar sejam dua,gua layan perasaan kejap sambil mimpi menang juara sepak takraw.Tengah sedap layan mimpi,tiba tiba junior gua kejutkan gua dengan berhemah.

        "Bro,kejap lagi ada game takraw.Kalau lambat kalah terus"

WTF.Time macam ni lah ada game takraw,gua selaku kapten pasukan dengan pantas serta tangkas mencari member gua.Sial.!!diaorang pun sama bantai tidur.Gua ambik air panas satu gayung.....SPLLASSHHH!!! Semua muka macam nak tumbuk gua,gua sanggup kena pukul dari kalah takraw.Gua dengan team siap siap,cari kasut junior,stokin dah sebulan tak basuh,baju sukan pagi tadi.Perfect.

Lepas gua basuh muka,junior gua tanya

          "Bro,lu dah asar belum.?"

    
    Gua dan member gua terus tukar baju melayu siap kain pelikat.Sembahyang berjemaah diketuai hero2.
    Tak hero lah kalau sembahyang tinggal sebab pertandingan bodoh.:)


catatan:team takraw gua kalah sebab main dalam keadaan mata yang terbuka hanya 5inchi.(ngantuk lah)

Saturday, April 3, 2010

Dialog Adik Beradik2

Minah:hye Manager KFC
Hero :hye,ada ape kak.?Nak bayar hutang.?
Minah:Tahun depan ah,aku tengah pokai ni.
Hero :Takpe,aku tak kisah,interest bulan bulan naik ye.haha.
Minah:Sial ah,wei ko ada dapat temuduga untuk UPNM.?
Hero :Temuduga.?tak dapat pon.
Minah:Camne boleh tak dapat ni.Ko kan cemerlang dari segala aspek.Junior aku tak cemerlang pon boleh dapat.
Hero :Dia pakai orang dalam kot.
Minah:Mana ada,dia pergi temuduga minggu depan
Hero :Oh ok.Gudluck to her.
Minah:Macam mana ko boleh tak dapat ni.?Pelik betul ah.
Hero :Aku tak mintak,camne nak dapat.
Minah:CELAKA punya adik.




               macam biasa.HERO mesti menang


catatan:lepas ni konfem hutang gua,akak gua tak bayar.

Wednesday, March 31, 2010

Seperti Biasa

Kerja pukul 3 petang
  • Punch card
  • Gosip dulu dengan awek cashier
  • Basuh tangan.(yang ni gua tak tipu)
  • Main tepung dengan budak 'cook'
  • Baca surat khabar percuma sambil minum air milo ais
  • Kerja 
  • Makan nugget sikit.
  • Lepak dalam office,main internet kejap
  • Minum air 7-up,tambah tenaga.
  • Kerja
  • Usha awek awek cun.(yang ni selalu)
  • Kerja lagi.(cover rajin)
  • Lepak belakang pintu.(tidur jap)
  • Keluar.(alasan pergi tandas)
  • Buat 'seni' kat tandas.
  • Kerja.
  • Punch card,balik.


catatan:susah betul kerja sebagai manager KFC

Monday, March 29, 2010

Voice Of Charges

Gua tak tau ape die VOC ni.Yang gua tahu dia ni macam komen staff staff terhadap pihak pentadbiran,sama ada bagus atau sebaliknya.Komen ini akan dihantar ke headquarters KFC di K.L.VOC gua macam ni..

5-SANGAT TERUK
4-TERUK
3-SEDERHANA
2-BAGUS
1-SANGAT BAGUS


Adakah anda seorang yang tekun ketika bertugas.?-1 (ni gua tak perlu jawab,dah memang gua tekun,rajin serta berdedekasi..nak wat macam mana kn.?)
Adakah anda selalu menghabiskan tugasan yang diberi.?-1 (masa minggu pertama kerja je,minggu kedua gua malas nak amik tau.)
Adakah anda berpotensi menaikkan potensi restoran anda.?-1 (gua memang berpotensi pon)
Adakah rakan sekerja anda selalu membantu anda ketika bertugas.?-2 (member yang selalu tolong gua masa buat kerja)
Adakah pengurus melayan anda dengan baik.?-5 (manager bagi kerja je,mana ade layan gua.)
Adakah anda diberi peralatan yang mencukupi ketika bertugas,?-5 (gua dapat alatan yang berkurun punya,standart buruh kasar punya alatan)
Adakah anda berpuas hati dengan kerja anda.?-5 (kerja macam sial,gua dah malas dah nak buat kerja ni)
Adakah tempat kerja anda selesa.?-5 (tempat kerja macam rumah tumpangan buruh,selesa ker.?)
Adakah majikan pernah memberikan pujian selepas sesuatu tugasan.?-5 (celaka.!terima kasih pon tak ade,lagi ah pujian.?)

..............
..............
..............
..............
..............
..............
..............

jawapan gua tetap sama lepas ni.-5


catatan-ni belum lagi gua tengok member gua yang celaka punya.konfem penuh satu surat dengan cacian serta makian.

Sunday, March 28, 2010

New Job

2 bulan lepas gua dah dapat kerja.Gua kerja kat KFC dekat dari rumah gua,kalau jalan kaki boleh sampai dalam masa 30 minit.Kalau merangkak 2 hari konfem sampai.Selalu gua pergi kerja naik motor yang gua rasa macam nak terbarai.Tapi memikirkan gua perlu cari nafkah untuk keluarga,gua tabahkan hati.Gua akan cerita minggu first gua cerita.Minggu kedua tak perlu gua cerita sebab tahap kemalasan gua bekerja dah sampai tahap tertinggi.


Isnin
Manager gua suruh masuk pukul 6 petang.Dia nak ajar gua apa yang patut.
Gua datang pukul 6 tepat.Gua nak tunjuk yang gua menepati masa.Memang itu sikap gua sejak gua kecil  lagi.Sampai kat tempat kerja gua,gua tengok jam kedai pukul 6.10 petang.Manager gua dah siap perli gua
          'aik,tak kan tak ade jam kat rumah kot.'
Gua diberi tugasan sebagai custormer service.Gua diajar oleh seorang mangkuk ayun(sekarang member) mengenai tugasan gua.Banyak yang gua belajar,daripada menyapu sehingga mop(ape kes rumah gua pon gua tak pernah sapu dan mop).

Selasa
Hari ini gua buat tugasan sendiri.Member gua buat kerja kat dalam(bahagian memasak).First time gua buat sendiri,habis kerja lambat.Tak pe,ini semua pengalaman dan pembelajaran.Dalam sehari dua ni,gua dah kenal dengan mamat mamat yang perangai macam cilaka.(gua tak ah,gua kan budak baik lagi berbudi bahasa.)Hari seterusnya seperti biasa.Ramai gak awek cashier yang mintak no telefon gua,tapi gua bagi no telefon abang gua.Gua malas nak pikir awek setakat ni.Gua pikir amalan kebaikan lagi bagus.

Rabu-Ahad
Lu orang pikir ah sendiri,.gua da tulis kat atas yang 'Hari seterusnya seperti biasa'.Tak faham lagi..?


catatan:malam Jumaat,gua amek spanar size 14,gua jahanamkan jam kedai gua.Gua kasi lambat 20 minit.

Ampun Patik

Gua selaku tuan punya blog mintak maaf kepada peminat gua kerana gua tidak mengupdate blog ini selama 2 bulan.Bukan niat gua untuk membiarkan blog ini tidak berpenghuni tetapi selama 2 bulan ni gua sibuk bekerja.Nak tau kerja gua.?Lu orang tau bukan nak tolong pon,sebuk je...


catatan:lepas ni gua rasa update blog hari hari..jangan nangis eh..