Tuesday, April 6, 2010

Zaman Kegemilangan

Cerita yang gua nak sampaikan ni berkisar kehidupan gua semasa di asrama(bukan kehidupan sebagai manager KFC)
Gua dulu sekolah berasrama di K.L(tak payah nak tau sekolah apa)

Masa gua duduk asrama dulu,ada satu pertandingan sukan antara dorm macam futsal,sepak takraw,congkak,wau,batu seremban,nyorok nyorok dan banyak lagi(satu A4 kalau list).Gua yang berbakat dalam semua sukan amik acara sepak takraw saje.(bagi can kat jr.menangis susah lak nanti)

Team takraw gua ada 3 orang.(takraw mana ade 11 pemain).Seorang killer(hero3),seorang feeder(hero2) dan lagi seorang yang penting penglibatannya dalam team takraw iaitu tekong(hero1)gua lah.

Semua ahli team gua hero hero Melaya,kalau nak nombor telefon diaorang,lu orang bagitau je.Gua boleh setting.(untuk awek sahaja)

 Team takraw gua dengan senang masuk ke separuh akhir.Bukan nak berlagak tapi masa team gua main peringkat saringan mata gua tengah sakit,masa tu hero2 jadi tekong.Gua duduk tepi sambil usha awek awek netballer.Hero2 dengan rakus membuat aksi aksi akrobatik sehingga team lawan terduduk sekali dengan gua sebab terperanjat.Hero2 mempraktikal ilmu semasa bertapa dengan team takraw Thailand(bawah 12 tahun).Kesudahannya team gua menang tanpa bertanding kerana team lawan telah pengsan tak sedar selama 2 hari berturut turut.

Masuk peringkat suku akhir,gua jadi tekong balik.Gua kena pikul tanggungjawab yang besar untuk membawa team gua ke peringkat seterusnya(mana tau lepas ni wakil negara).Team gua dapat mata pertama,bola yang gua bagi memang tepat kat penjuru court.Awek awek netballer tergamam.Perlawanan berlansung seperti biasa.Kadang kadang hero3 membuat kejutan dengan lipatan lipatan seperti gimnastik negara.Lepas tu,hero2 sanggup jatuh tergolek tergolek sebab tak nak kasi bola jatuh.Hero2 memang berbakat.Selama ni gua tengok dia asyik main snooker je,tak sangka takraw dia pon hebat.Perlawanan team gua macam Malaysia vs Brunei(team gua Malaysia lah).Perlawanan cukup sengit sampaikan hero2 team gua menahan rejaman dari team lawan.Hero3 pulak melibas bola sehingga court pecah kerana rejaman yang terlalu tajam.Gua sendiri bermain bersungguh sungguh sampai awek netballer lalu,gua tak perasan(standart lah,kalau hero tengah main,awek awek mesti ramai datang tengok)

Masuk peringkat separuh akhir,perlawanan terpaksa ditunda ke satu tarikh yang tidak diketahui,alasannya ada pelawat melawat sekolah.Sikap orang Malaysia macam ni lah yang gua benci,suka bertangguh.Seperti biasa,petang lepas gua belajar sejam dua,gua layan perasaan kejap sambil mimpi menang juara sepak takraw.Tengah sedap layan mimpi,tiba tiba junior gua kejutkan gua dengan berhemah.

        "Bro,kejap lagi ada game takraw.Kalau lambat kalah terus"

WTF.Time macam ni lah ada game takraw,gua selaku kapten pasukan dengan pantas serta tangkas mencari member gua.Sial.!!diaorang pun sama bantai tidur.Gua ambik air panas satu gayung.....SPLLASSHHH!!! Semua muka macam nak tumbuk gua,gua sanggup kena pukul dari kalah takraw.Gua dengan team siap siap,cari kasut junior,stokin dah sebulan tak basuh,baju sukan pagi tadi.Perfect.

Lepas gua basuh muka,junior gua tanya

          "Bro,lu dah asar belum.?"

    
    Gua dan member gua terus tukar baju melayu siap kain pelikat.Sembahyang berjemaah diketuai hero2.
    Tak hero lah kalau sembahyang tinggal sebab pertandingan bodoh.:)


catatan:team takraw gua kalah sebab main dalam keadaan mata yang terbuka hanya 5inchi.(ngantuk lah)

No comments: